Saturday, January 24, 2015

2 JENIS ASID AMINO UNTUK OTAK


Dua jenis asid amino yang penting dalam prestasi otak adalah:

1) TIROSIN
Tirosin adalah bahan asas protein neurotransmitter dopamine dan norepinefrin.
Kedua-dua neurotransmitter ini adalah pencetus proses berfikir secara cepat, tumpuan, perhatian serta menimbulkan kesedaran, kepekaan fikiran dan minat.

2) TRIPTOFAN
Triptofan adalah bahan asas utama serotonin iaitu neurotransmitter yang menghasilkan ketenangan.

Apabila kita kekurangan kedua-dua asid amino ini iaitu yang diperlukan dalam 15 gram hingga 30 gram sehari SEMANGAT BELAJAR HILANG dan RASA KEGELISAHAN MUNCUL.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila seseorang itu banyak meminum minuman ringan berkarbonat ataupun minuman lain yang bersifat diuretic seperti teh. Diuretik menyebabkan banyak air dikeluarkan dari badan, lalu mendorong dehidrasi ringan terjadi.
Dalam satu iklan produk minuman berion di Indonesia menyatakan, kekurangan 0.1 peratus air dari badan sahaja sudah dapat mengganggu daya tumpuan seseorang.

Sumber rujukan: Buku: Rahsia Tentera Imun, m/s 131. (Dr. Tauhid Nur Azhar).

No comments:

Post a Comment